link with me in ym...

Friday 5 December 2008

peringatan wat semua sahabat.....

beberapa hari yang lalu...saya mendengar 1 perbualan (yang tidak disengajakan, bukan curi dengar yerk)...pasangan couple yang juga kwan2 saya lah gak...

P : apa hukuman wat penzina bang????

L : apa lagi rejamlah smpai mati...knaper kamu tanya...????

P : tak da lah...ajer je nak tnya...tapi kan, ayang heran lah...knaper kat $#@& ni, ada bnyak kes penangkapan dilakukan muiz, tapi tak da pn kes rejam-rejam ni...mana letaknya hukum islam ni bang dalam negara kita...

L : apa-apa pentadbir lah...bukan aku yang wat salah...

kalu di pikir kan blik, tak salah yang yang prempuan tu cakap macam tu kan....sedang kan tertulis dalam al-quran/hadis hukuman REJAM dijalan kan jika terdapat bukti yang sah...lepas jak perbualan tu, lelaki ni truz tukar topik lain, plik kan, benda di persoalkan tu betul lah....tapi...apa lah undang-undang dunia...seorang guru saya penah berkata, "undang-undang islam mesti tegak tak bleh bengkok, tapi zaman sekarang, undang-undang dunialah mesti tegak, tak bleh bengkang-bengkok", kalu alasan tidak diterima oleh orang bukan islam, tu tak bleh dijadikan alasan, bab ber juta tahun dahulu, madinah diwujudkan dengan gabungan orang islam ngan orang bukan islam, malah tercatat dalam sejarah eropah, bahawa madinah lah negara pertama mengadakan sistem demokrasi didunia....

cara nak jadik pelajar cemerlang....EPS 2

maaf lah sahabat...jarang dah update blog ni...bab bz ngn skolah tpi ni dier wat sesiapa yang nak jadi pelajar cemerlang....k n gud luck...
__________________________

11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

13. Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.

19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

magician world


part ini sya nak letakkan link ke dunia magik saya...bukan khayalan tetapi realiti...tapi bukan jampi lah plak cuma perkara yang biasa dibuat dalam magik show kat tv tuuu....juz untuk permainan gambar




untuk pelajaran pertama ni...hehehehe...macam cikgulah plak...saya akan memperkenalkan asas magik...buat sementara ni hanya ada pengenalan secara ayat...untuk video akan dimuat naik dalam masa terdekat ini...harap dapat bersabar...er...perkara asas yang anda perlu tahu adalah 'asas menggenggam'...maaf lah yerkkk...actuly ada sebutan am dia yang biasa di pakai oleh magician tetapi tu saya lupa lah plak....hehehehehehehe...tapi sebelum tu perkenalan dengan kad...actuly nak wat magik tak perlu pakai special kad pn....tapi dek biasa ngan special dek ada bezanya sebab itu lah kebanyakan magician pakai kad ngan art dia lebih kurang macam art yang ada kat gambar atas tu...errr apa art tu???? itu lah kebanyakan soalan yang akan ditanya pada saya...actuly art tu adalah seni yang ada pada belakang kad tu...nombor, huruf dan simbol pada sebelah kad tu lagi magician panggil pip's...so, dalam satu dek kad...terdapat 52 keping kad yang terdiri dari pada A,2,3,4,5,6,7,8,9,10,J,Q,K...pada kotak baru dek kad ada 4 atau 6 keping joker (kad yang paling saya tidak suka...)tetapi jika anda membeli dek kad itu dari ellusionist...satu syarikat pembuat peralatan magik terbesar...hanya terdapat 2 keping joker dan 2 keping free kad...dan semua kad yang ganjil tu perlu dikeluarkan dari satu dek...maka 1 dek kad yang biasa dipakai adalah kad tanpa joker...berbalik kepada 'asas menggenggam' tadi...terdapat pelbagai cara dan styl memegang kad dan pada kebiasaannya, dek kad dipengang pada tangan sebelah kiri, mukin ada yang memakai sebelah kanan tetapi dengan memakai sebelah kanan ia akan menyukarkan pembukaan fan di sebelah kiri...kalu tak paham cuba anda wat fan di kedua-dua belah tangan...dan tengok angka dan simbol...anda akan dapat melilhat perbezaannyer kalu anda melakukan secara praktikal...setakat ini sahaja dulu...untuk pelajaran akan datang...akan diterangkan dengan mengunakan video...ia dikenali sebagai DOUBLE LIFT...dan BOTTOM PALM...jika tersalah ejaan...minta pembaca tolong betul kan k...erk sebelum menutup tirai cuba anda menaip nama "oz pearlman" dalam youtube blog ni...akan ada seorang lelaki yang agak botak sikit...jngan heran...dia tu magician gak n kebanyakan ilmu saya...datang dari dia...assalamualaikum...